Jemputan rumah terbuka

29 10 2007

pd hari jumaat lepas, 26/7/07, aku bersama-sama housemate aku dijemput ke rumah terbuka ija kt sek 9. lps smbahyang jumaat kt masjid shahalam, kitorg terus menuju ke destinasi dgn berjalan kaki. bermc-mcm hidangan disediakan. nasi lemak, spagetti dan lontong membuatkan air liur mencurah-curah jatuh. x dapat nak cari point utk nafikan, juadah tu memang sedap. semakin lama, semakin ramai yg tiba. kuteng ( member mrsm terendak) pn ade gak. katanye kwn dia iaitu ‘teman’ ija yg mengajaknya ke majlis itu. selepas selesai tujuan kami ke situ, kami pn pulang dgn perut yg penuh.

hari keesokannya, aku bersama-sama rakan2ku dijemput ke rumah terbuka lg. aku kuar rumahkul 10 pagi. azhar datang amek aku. pastu kitorg gi amek dak2 perempuan kt kolej mawar.then kitorg berkumpul kt umah labu kt sek 17. lalu kami beramai-ramai menuju ke sentul – rumah nisa dgn rombongan 4 sekawan (perodua) kancil. time tu aku tumpang kete jamil. azhar, idham dan khairun bwk kete masing2. ramai gak r pegi. semput gak sang kancil ber4 tu.

sedap gak juadah yg disediakan kt umah nisa. ada nasi, ayam, nugget dan bermacam-macam lg. lama gak kitorg lepak situ. nak dekat 2 jam. sempat la menunaikan solat fardhu zohor kt situ.

then kitorg bertolak ke kota satay kajang untuk beraya di rumah fadh. tp tibe2 je kete yg dipandu azhar sesat. so kancil2 ni pun bergerak tanpa seekor lg teman. kt umah fadh, kitorg dihidangkan denagn macaroni. best wo.. rugi azhar, shabab, lena, shira dan rin yg sesat itu. kitorg pn asar je kt umah fadh memandangkan hari makin petang.

then kitorg gi umah mai plak. kt kajang gak. tapi kajang yg terpinggir di hujung sana. dekat2 dgn putrajaya. kitorg berkumpul kt area2 uniten utk tggu azhar yg sesat td dan abg mai yg menjadi penunjuk jalan ke rumahnya. kitorg dihidangkan dgn mee goreng dan keropok ikan. best nye. lalu kami pn bertolak pulang dan singgah di sebuah surau di putrajaya utk menunaikan solat fardhu maghrib dan isyak. lalu akmi pn beransur pulang.

terima kasih ija, nisa, fadh, & mai serta keluarga. terima kasih juga kt sape2 yg membantu secara langsung dan x langsung mcm azhar dan jamil yg menumpangkan kete masing2. jasa kalian akan dikenang dan diabadikan di blog ni…


Tindakan

Informasi

One response

3 11 2007
donatue87

hmmm…siankn kat azhar tuh…siap leh sesat agi…tpakse aa dak2 ngan dier x gi umah fadh…sori aa fadh bg pihak azhar…

Tinggalkan komen